Follow Us

Follow My Instagram

Tuesday, October 15, 2019

VANILA DAPAT MENGURANGKAN SAKIT GIGI



Viral pula pasal kurangkan sakit gigi gunakan vanilla. Siapa ada gambar.

Vanilla sudah lama dikatakan dapat mengurangkan bengkak dan radang, sebab itu wujudnya petua makan aiskrim vanilla jika tonsil bengkak. Apapun, tiada kajian kukuh dalam bidang perubatan tentang keberkesanannya.

Selalunya kalau jumpa doktor, doktor benarkan ambil aiskrim vanilla jika ada tonsilitis. Itu pun selepas doktor periksa dan dapati keadaannya sesuai.

Begitu juga penggunaan vanilla untuk gigi sakit atau gusi bengkak. Kalian kenalah jumpa doktor gigi atau doktor untuk diperiksa dahulu. Masa jumpa doktor, tanyalah siap-siap boleh guna vanilla atau tak.

Bila tak jumpa doktor dan tanya, jadilah seperti kes viral ini. Guna vanilla, tapi guna vanilla tiruan(artificial). Vanilla tiruan ni disintesis di makmal tanpa guna ekstrak vanilla.

Ia tak berkesan, begitu juga aiskrim yang guna vanilla tiruan.

Beginilah, jika ada masalah kesihatan jumpalah doktor, dapatkan pemeriksaan dan nasihat. Masa jumpa tu boleh tanya pasal petua-petua lama, mana berkesan, mana tak berkesan.

No comments:

Post a Comment