Follow Us

Follow My Instagram

Thursday, October 17, 2019

HERBA UNTUK PENYAKIT DENGGI


Anda pasti tidak menyangka, pokok liar di tepi rumah kita adalah herba kepada penyakit DENGGI.

Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung,atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecik2 dulu, selalu kutip dan buat main masak2.

Rupanya pokok ini mustajab..
Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi.

Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.

Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yg dikutipnya di tepi2 rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.

Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah.

Cara makan:
1. Kisar pokok ini yg dipotong sehingga
akar umbi dengan brown sugar.
2. Kemudian tapis, dan minum.

[KEMASKINI]:
Pokok ini dikenali dengan sawi langit (Vernonia cinerea)

kredit : Selamat mencuba... Insyallah :grinning::blush:

No comments:

Post a Comment