Follow Us

Follow My Instagram

Wednesday, November 20, 2019

CARA PAKAI SHAWL YANG SEBENAR (RAMAI WANITA SILAP)

CARA PAKAI SHAWL YANG SEBENAR (RAMAI WANITA SILAP)






TIDAK KIRA APA JENIS SHAWL YANG ANDA NAK PAKAI, ANDA TENTUNYA NAK TAHU CARA PAKAI SHAWL YANG BETUL, BUKAN?



Dengan perkembangan fesyen terkini, pemakaian shawl kian mendapat tempat dan perhatian wanita. Pelbagai cara pakai shawl ditampilkan oleh selebriti popular mengikut cita rasa masing-masing.

Ini ditambah lagi dengan hijabi popular yang berlumba-lumba untuk muncul dengan gaya terbaru atau #ootd.

Dengan lambakan jenis dan jenama shawl di pasaran, anda boleh memilih mengikut cita rasa dan kesesuaian acara yang ingin dihadiri. Namun begitu, adakah anda memakai shawl dengan cara yang sebenar?

Terdapat banyak stail untuk menggayakan shawl, biar nampak cantik, kemas dan selesa. Selain itu, anda juga dapat menutup aurat dengan sempurna. Mari lihat cara memakai selendang ini dengan cepat, mudah dan bergaya.






Cara shawl simple :
  1. Letak shawl sebelah pendek dan sebelah panjang. Pinkan di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang ke atas kepala.
  3. Pin di atas telinga.
  4. Ambil bahagian yang panjang di bawah.
  5. Tarik shawl ke atas yang telah di pin tadi, pin di kepala.
  6. Kemaskan shawl mengikut keselesaan.






Cara pakai gaya Solehah Inspire :
  1. Letak shawl di kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin di dagu.
  2. Tarik bahagian yang pendek, pin di kepala.
  3. Ambil bahagian yang panjang.
  4. Kalih bahagian shawl, letakkan di atas kepala.
  5. Kemaskan di bahagian kepala.
  6. Pin mengikut keselesaan anda.







Cara Halfmoon :
  1. Letakkan shawl halfmoon di kepala. Sebelah pendek dan sebelah panjang, pin di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang.
  3. Letakkan shawl bahagian panjang di kepala, dan kemaskan.
  4. Pin di kepala. Kemaskan mengikut keselesaan.







Cara pakai Curly Candy Shawl :
  1. Letakkan shawl di kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin di dagu.
  2. Ambil bahagian yang panjang, lilit di kepala. Pin dengan kemas.
  3. Ambil bahagian yang pendek, silangkan menutupi dada.
  4. Pin di bahu.
  5. Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda.







Cara pakai shawl Highstreet :

  1. Letakkan shawl TudungPeople di kepala, sama panjang di kedua-dua belah.
  2. Tarik satu bahagian, pinkan di atas telinga.
  3. Tarik bahagian yang sama, ke belakang.
  4. Kemaskan bahagian yang sama di belakang leher.
  5. Letakkan bahagian lagi satu ke hadapan.
  6. Pin kan bahagian lagi satu ke bahu dan kemaskan shawl mengikut citarasa anda.







Cara pakai Damia Shawl :
  1. Letakkan shawl di kepala, sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Pin shawl di belakang leher.
  3. Tarik bahagian yang panjang ke hadapan.
  4. Pin kan bahagian yang panjang di bawah telinga.
  5. Tarik bahagian yang panjang ke hadapan.
  6. Tarik bahagian yang panjang ke atas kepala.
  7. Pin shawl anda di telinga.
  8. Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda.







Cara pakai shawl dwi-tone :

  1. Letak shawl di kepala, sama panjang di kedua-dua belah. Pin di kiri kanan telinga.
  2. Tarik satu bahagian ke hadapan.
  3. Pin di atas telinga.
  4. Tarik semua shawl ke hadapan.
  5. Kalihkan shawl dan letak di atas kepala.
  6. Pin dan kemaskan mengikut citarasa anda.







Cara pakai shawl loose :
  1. Letak shawl di kepala, sebelah pendek dan sebelah panjang. Pin bahagian yang panjang di sebelah telinga.
  2. Dari belakang, pusing shawl bahagian yang panjang ke sebelah.
  3. Tarik bahagian yang panjang ke hadapan.
  4. Pin bahagian panjang di atas kepala.
  5. Kemaskan mengikut keselesaan dan pin di bahagian yang loose.

No comments:

Post a Comment