Follow Us

Follow My Instagram

Monday, November 18, 2019

CARA MENGUKUR SAIZ JARI YANG SESUAI UNTUK CINCIN

Cara Mengukur Saiz Jari yang Sesuai Untuk Cincin

Setiap jari berbeza saiznya, ukurlah dahulu jari pasangan anda sebelum membuat keputusan untuk membeli cincin secara online.

Melihat gambar-gambar cincin dijual secara online pasti membuat anda geram dan ingin membeli cincin tersebut secara online. Malangnya, adakah anda tahu saiz jari anda? Saiz jari yang salah pasti membuatkan anda rugi kerana telah habis beratus-ratus ringgit setelah membeli cincin secara online, tetapi tidak boleh memakai cincin tersebut. Oleh itu, pastikan anda tahu saiz jari anda terlebih dahulu sebelum membeli cincin secara online.

2 CARA MENGUKUR SAIZ JARI ANDA


1) Menggunakan alat pengukur saiz jari







Alat ini kebiasaannya terdapat di kedai-kedai emas atau anda boleh membelinya sendiri (boleh didapati di kedai aksesori emas atau secara online). Perlu tahu jari tidak semestinya lurus, ada yang bulat, ada yang runcing, ada yang lebar di tulang ruas dan sebagainya. Alat ini sangat tepat untuk mengukur saiz jari kerana cincin beserta saiz dimasukkan terus ke jari anda. Jadi bentuk-bentuk jari yang tidak sekata tadi boleh dikenal pasti dan pilihlah saiz yang selesa untuk anda (tidak terlalu ketat atau longgar). Oleh itu, bagi mengelakkan silapnya mengukur saiz jari, anda disarankan pergi ke kedai emas dan ukur saiz jari anda.


2) Menggunakan benang atau kertas 


Anda boleh lakukan cara ini di rumah sahaja.

Alatan yang diperlukan:
- Benang atau Kertas
- Gunting
- Pensil
- Pembaris



Caranya:


a) Gunting kertas atau benang anda lebih kurang 2cm lebar dan panjangnya pula, anggarkan sejengkal.

b) Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi, lilitkan di jari manis anda. Pastikan jari anda kering dan bagi jari yang mempunyai tulang ruas yang lebar, ukurlah di bahagian tulang tersebut.

c) Seterusnya, tandakan di mana kedua-dua hujung itu bertemu. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar. Cukup dengan keselesaan anda. Tandakan dengan pensil anda tadi.

d) Setelah tandakan pertemuan kedua hujung benang mahupun kertas anda itu tadi, letakkan sebaris pembaris anda, dan ukurkan ukuran benang atau kertas anda itu tadi.

e) Rujuklah panduan saiz cincin/ukur lilit jari.




Info Tambahan:

- Ukuran dalam milimeter (cmx10)
- Pastikan jari anda kering semasa mengukur.
- Jika saiz cincin jatuh antara dua saiz, pilihlah saiz yang lebih besar.
- Saiz cincin berbeza bagi jenis cincin. Kebiasaannya, cincin belah rotan lebih besar 1/2 atau 1 saiz dari cincin bercorak keliling halus.
- Ambil kira tulang ruas antara jari kerana ada orang mempunyai jari runcing, ada pula yang mempunyai tulang ruas yang besar.


Inilah dua cara untuk mengukur saiz jari anda, elakkan diri anda dari membeli cincin yang saiznya tidak sesuai untuk anda.
Semoga berjaya ukur jari anda!

No comments:

Post a Comment