Follow Us

Follow My Instagram

Friday, September 20, 2019

MEMBURU IMPIAN & KEJAYAAN



JADILAH `PEMBURU` BUKAN `PENUNGGU` ! Maksud `pemburu` disini ialah memburu kejayaan dalam hidup. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak datang dengan sendiri !Bak kata pepatah Melayu, `Yang bulat takkan datang bergolek,Yang pipih takkan datang melayang ! Tiada kejayaan tanpa usaha ! Tiada kemenangan tanpa penat lelah..Tiada Kecemerlangan tanpa Komitmen..Kejayaan,kecemerlangan,Kehebatan danSUKSES adalah milik mereka yang KONSISTEN dalam usaha meraih PELUANG..

Untuk berjaya sila patuhi peraturan KEJAYAAN ...Antaranya :

1. Tiada istilah kecewa dalam hidup
2. Sering mencari peluang & merebut peluang
3. Semangat tak pernah luntur
4. Idea tak pernah kering
5. Mencuba & mencuba hingga berjaya
6. Belajar dan terus belajar 
7. Usaha tanpa jemu 
8. Mencipta peluang-peluang
9. Tak menoleh kebelakang lagi 
10.Ada target,misi dan visi hidup

Usahlah hanya menjadi `PENUNGGU`..kerana kejayaan takkan hadir sebgitu senang dan mudah !
Teruskan berusaha dan kejar apa yang dihajati..Doa dan Tawakkal pada Allah SWT..Insya-Allah,kejayaan pasti kita miliki. Allah SWT itu Maha Pemberi ...DIA akan memberi kepada sesiapa yang meminta dan berusaha..Percayalah pada janji Allah SWT..

Sekian, Selamat Memburu Kejayaan,,

Salam Sukses



SUMBER:
Tn.Abd.Ghani bin Yusof
Master Trainer/Speaker/Motivator
Konsultan Jana Insan


No comments:

Post a Comment