Ibu hamil jangan ambil 7 makanan ini, ia MEMUDARATKAN bayi anda...
Bagaimana kalau anda mendengar rintihan bayi dalam perut? Terutama bila anda ingin menyuap makanan yang tak sihat ke dalam mulut. Seram juga, kan?
Ha.. oleh itu, ibu mengandung sekalian, sila batasi cara makan anda supaya bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang baik dan sewajarnya. Anak pun nanti lahir sihat, sempurna dan cergas.
Sebelum ini kami ada berkongsi berkaitan buah yang tak boleh dimakan, dan entri kali ini kami ingin berkongsi pula makanan dilarang ketika hamil.
Yalah, bila dah mengandung, selera makan bagai dipukau pula dengan bermacam menu seharian. Tapi awas mommy tak semua anda boleh makan.
Nak makan tu boleh tapi ingatlah sikit, bayi dalam kandungan memerlukan makanan yang sedap, banyak vitamin baik dan bernutrisi tinggi.
Ibu mengandung, jauhi 7 makanan dilarang ketika hamil ini
Makanan dilarang ketika hamil – 1) Makanan mentah atau separuh masak
Apa makanan mentah? Ia ialah susu mentah, daging mentah, telur mentah, sushi, makanan yang diproses dan segala macam yang mentah.
Ibu mengandung jangan sesekali makan makanan dilarang ketika hamil ini.
Kenapa tak boleh? Sebabnya, makanan mentah dan separuh masak ini berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Malah terdapat parasit dalam daging mentah yang boleh merebak pada tubuh ibu lantas menyebabkan jangkitan intra-urine yang serius pada bayi.
Sushi juga merupakan makanan mentah yang tak dimasak. Ia boleh mengakibatkan kelembapan dan kerosakan otak pada janin. Bahkan, parasit ini juga boleh didapati dalam sayuran yang tak basuh dengan betul.
Makanan dilarang ketika hamil – 2) Minuman berkafein
Ini khusus buat peminat tegar kafein seperti nescafe, kopi, susu coklat dan lain-lain. Pendek kata, kalau tak dapat sehari rasa nak menggelupur satu badan.
Tapi tolonglah sikit, masa mengandung had kan pengambilan kafein ini kerana ia dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tak normal. Bahkan, ia juga menyebabkan berat bayi kurang semasa dilahirkan dan kalsium ibu berkurangan.
Makanan dilarang ketika hamil – 3) Pil dan ubat-ubatan
Mesti ada ibu yang ragu-ragu sama ada ubat boleh diambil atau tidak semasa mengandung, kan? Mengikut pengalaman saya, doktor akan menasihatkan ibu mengandung sekiranya ubat yang dimakan tidak sesuai ketika hamil dan perlu dihentikan.
Ini senarai lengkap ubat apa yang boleh diambil oleh ibu mengandung.
Doktor akan gantikan ubat yang lebih sesuai. Sebab itu jika demam, farmasi akan bertanya dahulu sama ada anda mengandung atau tidak. Walau apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ok?
Makanan dilarang ketika hamil – 4) Minuman alkohol
Minuman beralkohol memang dilarang bagi umat Islam apatah lagi diambil ketika ibu mengandung. Ia mendatangkan risiko pada bayi iaitu mengundang kecacatan fizikal dan mental.
Air masak kan ada, kalau nak lagi best minum susu rendah lemak…hmm sedapnya.
Makanan dilarang ketika hamil – 5) Makanan dan minuman yang tinggi gula
Ha…ini yang paling serius kerana bila kita mengandung akan ada kencing manis dan darah tinggi datang tiba-tiba. Untuk itu, ibudilarang ambil makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi.
Sebab apa? Ibu akan alami komplikasi bayi lahir besar. Justeru, jika nak bancuh air di rumah, sila sukat penggunaan gula seperti satu sudu besar sudah mencukupi untuk rasa kemanisan.
Makanan dilarang ketika hamil – 6) Sayuran mentah seperti ulam-ulaman
Ulam- ulaman memang makanan yang disarankan untuk merawat pelbagai penyakit. Namun begitu, ia tidak bagus untuk ibu mengandung kerana biasanya ia dimakan tanpa dimasak dahulu.
Kita bimbang sekiranya terdapat racun atau parasit di dalamnya yang boleh mendatangkan bahaya pada bayi anda. Walau apapun, ia boleh tukar pada sayuran lain yang lebih sihat.
Makanan dilarang ketika hamil – 7) Makanan laut yang tinggi merkuri
Antara makanan laut yang tinggi merkuri adalah seperti tuna dan ikan-ikan besar. Kenapa tak boleh?Sebabnya ikan jenis ini mengandungi merkuri tinggi lantas menyebabkan kerosakan saraf pada bayi. Jadi, ibu perlu lebih berhati-hati.
Sumber rujukan: Siraplimau
No comments:
Post a Comment