Follow Us

Follow My Instagram

Wednesday, September 18, 2019

CARA MENEGANGKAN KULIT MUKA KENDUR

Balik kampung jumpa mak. Tenung muka tua mak lama-lama. Walaupun kulit muka kelihatan kendur dan berkedut tapi wajah mak tetap manis dan ceria dengan kepulangan anak-anak tercinta. Bila difikir-fikir, sebagai wanita dan ibu takkan terkecuali menghadapi masalah kulit kendur sejajar dengan peningkatan usia. Zaman moden sekarang, ramai juga ibu-ibu yang tak kalis dek usia. Ada yang nampak ibu dan anak dah macam adik beradik dah. Kulit wajah yang kalis tua memang menjadi igauan setiap wanita di muka bumi ini. Persoalannya, bagaimana nak atasi kulit muka menjadi kendur apabila usia kian meningkat?



Cara Menegangkan Kulit Muka Kendur 

1) Minum air! Minum air! Minum air!
Bukan yang manis tapi plain water sahaja k. Minimum 8 gelas air bermakna perlu lebih dari 8 gelas air sehari.

2) Makan makanan seimbang
Yes! Buah dan sayuran perlu makan hari-hari tapi bukan setakat makan itu sahaja. Badan kita perlukan nutrien yang lengkap seperti protein, karbohidrat, zat-zat mineral dan vitamin. Untuk kulit kendur, anda perlu protein, vitamin C, dan kolagen. 

3) Tidur cukup dan berkualiti
Tidur dan kesihatan adalah sinonim sebab dengan tidur yang cukup dan berkualiti akan memberikan tubuh badan yang cergas dan otak yang sihat. Tidur cukup sahaja tidak mencukupi, ia perlu disertai dengan tidur yang berkualiti. Masa tidur juga kulit akan baik pulih sendiri sel-sel yang rosak sebab itu perlu apply krim yang betul.

4) Senaman muka 
Jom cuba senaman ini:
  • Buka mulut anda luas-luas. Lebarkan juga mata anda. Kembali semula kepada posisi normal. Lakukan teknik ini sebanyak lima kali dan ulang lagi sebanyak lima kali sambil menggerakkan kepala anda ke kanan dan ke kiri
  • Tekan dahi anda berhampiran dengan kawasan rambut dengan jari-jari. Urutlah dengan gerakan ke belakang. Cara ini berkesan untuk menyamarkan kedutan di dahi anda, sekaligus tegangkan kulit muka.
  • Buka mulut anda luas-luas, turunkan kepala ke belakang. Kemudian, buka dan tutup mulut seperti anda sedang mengunyah makanan. Lakukan sebanyak 10 kali.
  • Duduklah di depan cermin dan pastikan wajah anda memandang lurus ataupun tepat ke cermin. Tekan gigi atas dan bawah. Lebarkan bibir. Tahan dalam kiraan 10, kemudian kembali ke posisi normal dan ulang sebanyak 10 kali.
5) Petua dari bahan semulajadi 
🌱Putih telur - Ambil sebiji telur dan asingkan kuningnya. Pukul putih telur sehingga berbuih dan kemudian sapu pada seluruh muka atau kawasan yang bermasalah. Biarkan kering dan kemudian basuhkan dengan air bersih. 

🌱Timun - Kisarkan separuh daripada timun untuk jadi jus. Kemudian sapukan pada kulit yang kendur selama 30 minit dan kemudian bilas. Lakukan setiap hari. Timun baik untuk mencegah kesan kendur dan membantu dalam mendapatkan kuantiti kolagen dalam kulit. 

🌱Lidah buaya - Potong dan sapukan lendir lidah buaya pada muka dan leher. Biarkan kering dan seterusnya bilas. Khasiatnya boleh menegang, menganjalkan dan melembapkan kulit


6) Amalan suplemen dan set penjagaan kulit dari sumber alam dan selamat
Makanan tambahan (suplemen) dan vitamin sangat penting zaman sekarang kerana masalah kesihatan dan kulit berpunca daripada cara/gaya hidup dan faktor alam sekitar. Dunia sekarang serba pantas dan masa terasa sangat cepat berlalu. Sukar untuk kita seimbangkan gaya hidup yang sihat termasuk corak pemakanan, rutin senaman dan terhindar dari segala pencemaran. Apa solusi yang kita ada untuk tidak ketinggalan dalam menjaga kesihatan & kecantikan luar dalam. 




No comments:

Post a Comment