Follow Us

Follow My Instagram

Thursday, August 1, 2019

DIFTERIA BOLEH MEMBAWA MAUT

Siapa tau apa itu DIFTERIA??? Please take this matter SERIOUSLY guys, Penyakit ini boleh membawa maut dan mudah berjangkit.
Difteria merupakan sejenis jangkitan bakteria yang menjejaskan lapisan mukosa bahagian tekak dan hidung. Jangkitan membawa maut ini juga mudah berjangkit. Namun demikian difteria boleh dicegah menerusi suntikan vaksin. Kanak- kanak merupakan golongan paling mudah terdedah dengan penyakit ini terutamanya yang belum mendapat vaksinasi DTaP.
Terdapat beberapa gejala difteria yang harusnya dikenal pasti supaya dapat dikesan dengan awal dan diberi keutamaan dalam rawatan. Antara tanda berikutan penyakit difteria ialah seperti:
* Demam
* Menggigil kesejukan
* Kelenjar bengkak pada bahagian leher
* Batuk yang kuat dan seolah-olah seperti menyalak
* Sakit kerongkong
* Kulit menjadi kebiruan
* Air liur meleleh
* Selaput berwarna kelabu yang terlekat pada lelangit, lidah atau tonsil
Sila rujuk Klinik/Hospital sekiranya anak anda mengalami gejala-gejala tersebut.


No comments:

Post a Comment