Follow Us

Follow My Instagram

Tuesday, August 27, 2019

BAYI KEMBUNG PERUT?




Jom ikuti 5 langkah untuk mengatasi masalah KEMBUNG PERUT bayi anda.
Tapi langkah No. 5 Ter "AMAT" lah senang!!!
.
Kali ni, saya nak share langkah2 yang boleh kita buat ketika bayi kembung perut ya. Ibu-ibu kena baca semua tau.
.
1️⃣ BUAT URUTAN ' I LOVE U'
Boleh cuba teknik urutan " I LOVE U". Mudah saja.
.
Ok pastikan tangan bersih. Gunakan sedikit minyak yang sesuai (saya guna #Minyak_Herba_Asmak) bagi mengurangkan geseran pada kulit bayi yang masih halus. Ikut step ni.
.
" I "
Letak tapak tangan pada bahagian kiri perut bayi dan gerakkan tapak tangan ke bawah membentuk huruf 'I'.
.
"Love"
Kemudian disusuli dengan huruf 'L' terbalik iaitu gerakkan tapak tangan diatas perut bayi dengan lembut melintang dari kanan ke kiri dan menegak ke bawah.
.
"U"
Kemudian buatkan bentuk 'U' terbalik dari kanan ke kiri perut bayi.
.
Pergerakan 'I', 'L' dan 'U' membantu membantu masalah #kembung dan memudahkan bayi membuang air besar. Sesambil buat gerakan ini, sebut lah 'I love you' dalam nada suara penyayang.
.
Teknik urutan ini meningkatkan lagi stimulasi dan bonding antara ibu dan anak. Si manja selesa, ibu gembira.
.
2️⃣PERIKSA CARA BAYI MENYUSU
Pastikan bayi tidak meminum botol susu dengan posisi terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak udara ditelan sehingga terjadi perut kembung.
.
Bagi ibu yang menyusu badan, praktikkan cara lekapan yang baik dan posisi menyusu badan yang selesa. Sekiranya payudara anda terasa sakit ketika menyusu, ia bermaksud anda berada dalam posisi yang salah.
.
3️⃣PASTIKAN BAYI SENDAWA LEPAS MENYUSU
Kebiasaannya selepas menyusu si manja, ia akan terus tidur. walau apa pun sekali ibu harus mengurut dibelakang supaya si manja sendawa.
.
Sendawa ini perlu dipastikan dan penting kerana sewaktu proses susu berlaku ada sejumlah kecil udara yang turut serta masuk kedalam badan baby. proses ini terjadi secara semula jadi.
.
Keadaan ini membuatkan bayi tidak selesa dan AMAT BERBAHAYA yang boleh menyebabkan tersedak susu apabila anda terus menidurkan bayi tanpa sendawakan terlebih dahulu.
.
4️⃣ PASTIKAN IBU ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN BERANGIN
Sesetengah bayi yang menyusu badan mungkin turut mengalami masalah pencernaan sekiranya ibu menyusu memakan makanan tertentu.
.
Sebaiknya, ibu menyusu cuba elakkan makanan yang akan membentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, bawang atau kacang. Kadangkala, makanan segera dan minuman berkafein juga boleh menjadi faktor bayi kembung perut. (Ini saya selalu ingkar😣, maafkan mummy ya anak😘)
.
5️⃣ SAPUKAN MINYAK HERBA ASMAK PADA PERUT BAYI ANDA
Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut.
.
Paling SENANG dan MUDAH, sapu saja #Minyak_Herba_Asmak di dada dan perut baby kalau kembung perut, sebab ianya pasti membantu melegakan kembubg perut si manja. Senang sangatlah kan. ðŸ¥°
.
Saya memang guna Minyak Herba Asmak untuk duaborang anak kami. Syukur sesangat, sebab dari baby, jarang sangat kena masalah kembung perut ni.
Wajib sapu Minyak Asmak tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur setiap hari.
.
Semoga bermanfaat!
Jom LIKE dan SHARE ya!🤩

No comments:

Post a Comment